![]() |
MINDA JELITA |
Setiap pertemuan tentunya ada sebabnya. Umpamalah anda melawat ke blog Minda Jelita :)
Adakah anda segan jumpa seseorang pembantu, pendengar ataupun kesukaran untuk mencari bantuan yang berdekatan? Risau tentang kerahsiaan?
Tak kenal maka tak cinta. Maka kami terangkanlah maklumat tentang kami.
Minda Jelita merupakan perkhidmatan kaunseling atas talian yang membekalkan pelbagai perkhidmatan dalam bentuk email, chat dan panggilan telefon. Minda Jelita terdiri daripada kaunselor-kaunselor yang berdaftar dan berkelayakan dalam bidang tertentu. Justeru, sistem yang digunakan juga memastikan maklumat anda terlindung daripada hacker atau pihak ketiga yang tidak berauthoriti.
Tidak kisahlah kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas termasuklah kelainan upaya, kami sedia membantu untuk meneroka dan membantu diri menghadapi pelbagai isu normal yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti tekanan, hubungan, kekeluargaan, imej diri dan kerjaya. Bah nama syarikat Minda Jelita-- Apabila kesejahteraan mental sudah sihat, mestinya memiliki kehidupan yang indah lagi jelita :D
Disclaimer
Laman web perkhidmatan kaunseling ini ditubuhkan
oleh pelajar tahun tiga dalam jurusan
sarjana muda kaunseling. Laman web ini ditubuhkan sebagai memenuhi tugasan
subjek e-kaunseling (cou 3006). Laman web ini hanyalah untuk tujuan
pembelajaran sahaja dan kelayakan kaunselor adalah rekaan dan contoh sahaja
serta kami masih tidak berkelayakan lagi untuk memberikan perkhidmatan
kaunseling maya secara profesional kepada anda.
Visi
Perkhidmatan e-kaunseling Minda Jelita menjadi satu
alternatif untuk memberikan pertolongan secara maya serta mewujudkan suasana
yang teraputik.
Misi
Menggalakan individu supaya lebih memahami diri
mereka supaya dapat berkembang ke arah positif.
Sebagai kaunselor yang bertauliah dan memegang kepada etika tentunya mempunyai peranan yang berbeza yang mimikul tanggungjawab yang besar terhadap individu, profesional, organisasi dan komuniti.

Lazimnya, bagi kaunselor tradisional mereka memainkan peranan untuk membantu individu, keluarga atau keluarga untuk menangani isu yang berkaitan dengan kesejahteraan mental termasuk gangguan emosi, kecelaruan dan trauma (Meyers,n.d.). Menurut Jordan Meyers (n.d.), seseorang kaunselor juga menyediakan terapi dan pengajaran untuk membantu klien menguruskan stres, menyalurkan gangguan emosi dan menetapkan matlamat sendiri. Selain itu, peranan kaunselor juga tidak lari daripada mejalankan sesi secara bersemuka dengan klien di ruangan yang sama.
Kaunselor untuk e-kaunseling mempunyai persamaan dan perbezaan dengan kaunseling tradisional. Dari aspek persamaan, kaunselor e-kaunseling berperanan membantu klien untuk mencapai perkembangan diri secara sukarela secara sepanjang hayat. Apabila sesi dijalankan di alam maya, kaunselor perlu lagi peka terhadap medium yang digunakan misalnya internet, panggilan talian dan teks. Misalnya dalam realiti, kaunselor perlu memiliki lisen dan kelayakan yang setimpal, kaunselor elektronik pula memernuhi syarat pendidikan dan latihan supaya setanding dengan kaunselor tradisonal yang bekerja di seting bersemuka. Walaubagaimanapun, latihan untuk e-kaunseling sukar untuk diregulasikan kerana kaunselor elektronik boleh memulakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja dan hal ini menyukarkan pihak berkuasa untuk memperkukuh undang-undang tentang pendidikan, latihan dan skop amalan (Kendra Cherry,2017). Dengan ini, Minda Jelita memastikan perkhidmatan e-kaunseling yang disedikan adalah mematuhi etika dan dipantau oleh National Board for Certified Counselors (NBCC) iaitu organisasi yang berperanan mengawal kaunselor yang memberikan perkhidmatan jarak jauh.
Selain itu, kaunselor dari Minda Jelita juga melaksakan tanggungjawab secara profesional. Yang pertama, kami mementingkan etika kerahsiaan di mana perkongsian yang dijalankan atas talian juga dijaga sepertimana kaunseling konservatif. Bagi mengelakkan hacker, pencurian identiti dan isu lain, perkhidmatan e-kaunseling yang diberikan mempunyai jaminan keselamatan untuk melindungi data pengguna. Contohnya, perbualan atas talian Minda Jelita menggunakan encryption technology iaitu penyulitan. Teknologi tersebut merupakan proses mengaburkan maklumat supaya tidak dibaca tanpa pengetahuan khusus dan melindungi komunikasi (Rouse, 2017). Kami turut menyediakan pengesahan dua hala. Misalnya, sekiranya terdapat aktiviti memasuki akaun daripada gadget yang tidak pernah digunkan, mesej atau email akan dihantarkan sebagai pemastian. Hal ini bermakna, jika seseorang individu mendapati katalaluan klien, mereka masih perlu mengakses telefon bimbit untuk mengakses akaun klien.
Tanggungjawab seseorang e-kaunselor juga tidak lari daripada mewujudkan suasana yang teraputik dan selamat serta menghormati setiap klien. Kami turut menerima isu yang dikemukakan oleh klien tanpa bias. Justeru, sebagai tanda menghormati kami juga membincangkan pelan bersama-sama klien dan bukannya membuat keputusan untuk klien semata-mata. Perkongsian klien perlu didengar dan dilayan secara empati untuk menggalakkan perkembangan positif dalam diri klien.
Selain itu, Minda Jelita bertanggungjawab menyediakan perkhimatan atas talian yang mematuhi prosedur formal. Komitee Minda Jelita menyediakan kontrak bagi menjaminkan kebajikan kedua-dua pihak dan menjelaskan apa yang akan berlaku dalam e-kaunseling. Maklumat dan laporan akan disimpan secara rapi untuk mematuhi profesionalisme.
Target klien kami adalah meluas iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas yang mengalami isu normal dalam kehidupan seharian. Bagi klien kanak-kanak iaitu minor yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat persetujuan termaklum terdahulu sebelum menggunakan kaunseling maya. Bagi klien Orang Kelainan Upaya yang sukar pengerakan pula, Minda Jelita menyarankan mereka menggunakan perkhidmatan tersebut kerana mudah dan di mana sahaja. Ringkasnya, kaunselor Minda Jelita yang mempunyai latihan dalam pelbagai bidang dapat memenuhi keperluan klien semasa misalnya pengurusan tekanan, perkahwinan, kayakinan diri, hala tuju kerjaya dan sebagainya. Dengan varieti yang disediakan, pelbagai lapisan sosial dapat mendapat perkhidmatan dan secara tidak langsungnya membantu perkembangan masyarakat yang sejahtera.

Segala pertanyaan lanjut atau ingin berkenalan siapa yang akan membantu anda? Sila menghubungi 012-3456789 atau melayari Facebook kami dengan search "Minda Jelita" :) Mudah sahaja kan? Hubungilah kami sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan