Jumaat, 13 April 2018

Apa itu e kaunseling????

Pengenalan
Menurut Akta Kaunselor (1998) kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang diasaskan oleh kaunselor professional. Konsep asas perkhidmatan kaunseling ialah penglibatan kaunselor dank lien dalam ruang fizikal yang sama. Bagaimanapun konsep ini mula berubah apabila kaunselor mula melihat potensi terapeutik dalam ruang internet sebagai peluang dalam memperluaskan perkhidmatan mereka (Murphy & Mitchell, 1998). Proses kaunseling tidak lagi terhad kepada pertemuan dua mata di dalam sebuah bilik. Perkhidmatan e-kaunseling membolehkan klien tidak lagi perlu berada di hadapan kaunselor.
Definisi e-kaunseling yang diberikan oleh British Association for Counseling and Psychoterapy ialah satu proses kaunseling alternatif yang berlaku di alam maya berasaskan teks dalam internet sama ada melalui email atau ruang sembang (Bloom, 1998; Hall, 2004; Sanders & Rosenfield, 1998; Tait, 1999).  Konsep asas e-kaunseling adalah satu proses interaksi antara kaunselor dan klien yang berada dalam lokasi yang berbeza dan menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi (Ainsworth, 2001; Bloom, 1998). Grohol (1999) menyatakan bahawa e-kaunseling adalah satu kaedah baru dalam perhubungan menolong. Ia menggunakan kelebihan internet untuk menghubungkan kaunselor dan klien secara synchronous dan asynchronous. Antara medium yang digunakan untuk menjalankan sesi kaunseling secara maya ini adalah secara tulisan (teks), suara (audio), audio visual dan laman web.
Minda Jelita adalah sebuah organisasi yang menawarkan perkhidmatan keunseling secara atas talian yang terbuka kepada semua golongan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kauseling secara atas talian. Antara perkhidmatan kaunseling atas talian yang disediakan oleh organisasi ini adalah kaunseling individu, kaunseling kerjaya, kaunseling warga emas, kaunseling kelainan upaya dan pengurusan stress. Manakala bentuk perkhidmatan kaunseling atas talian yang disediakan adalah melalui email, telefon, dan laman web.  

Tujuan E-Kaunseling
Tujuan e-kaunseling adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling secara atas talian yang menjadi alternatif kedua kepada klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Menyedari hakikat kehidupan pada masa sekarang yang memerlukan pergerakan yang pantas, maka dengan adanya perkhidmatan kaunseling secara atas talian ia sedikit sebanyak dapat membantu klien yang tidak mempunyai kesempatan dari segi masa untuk membuat sesi kaunseling secara atas talian. Di samping itu, tujuan perkhidmatan kaunseling secara atas talian ini juga adalah untuk membantu  klien yang mempunyai masalah keyakinan diri yang mana dengan adanya perkhidmatan secara atas talian klien dapat meluahkan segala isu yang dihadapi kepada kaunselor tanpa ada perasaan malu. Hal ini demikian kerana, tidak dinafikan ada individu yang berasa tidak selesa untuk bercakap secara langsung dengan kaunselor kerana malu akan tanggapan kaunselor terhadap isu yang dia hadapi.
Oleh yang demikian, penubuhan Minda  Jelita adalah bertujuan untuk membantu individu-individu yang mempunyai kekangan dari segi masa, jarak dan masalah keyakinan diri untuk mengadakan sesi secara bersemuka dengan kaunselor. Hal ini kerana, di Minda Jelita kami menerima semua klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan isu yang dihadapi. Jadi klien bebas untuk berkongsi apa sahaja isu yang dihadapi dengan kaunselor kami. Bagi klien yang ada halangan untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka mereka boleh mengunjungi laman web Minda Jelita untuk membuat temu janji bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Ini kerana laman web kami boleh diakses oleh siapa sahaja yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, tujuan Minda Jelita juga adalah untuk membantu klien yang ingin mendapatkan perkhidmtan kaunseling dengan pantas yang memerlukan respon yang segera daripada kaunselor. Di minda Jelita kaunselor-kaunselor yang bertugas merupakan kaunselor yang bertauliah dan mempunyai kemahiran untuk membantu klien dalam isu yang dihadapi. Selain itu, kaunselor-kaunselor yang ada di Minda Jelita akan sedaya upaya untuk memberi respon kepada isu yang dihadapi oleh klien dengan kadar yang segera oleh itu klien tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan maklum balas daripada kaunselor.
Seterusnya, tujuan perkhidmatan kaunseling atas talian yang disediakan oleh Minda Jelita juga adalah untuk klien yang mempunyai masalah dari segi jarak dan masa untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Bagi klien yang berada di kawasan pedalaman yang mempunyai masalah untuk datang berjumpa kaunselor secara bersemuka mereka boleh melayari laman web Minda Jelita bagi membuat temu janji untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, bagi klien yang tidak mempunyai kesempatan masa untuk datang berjumpa dengan kaunselor mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan Minda Jelita. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh Minda Jelita beroperasi pada setiap hari bekerja mengikut waktu pejabat. Jadi tidak menjadi satu kesukaran untuk klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan kami kerana ianya tidak mengganggu aktiviti harian klien di samping menjimatkan masa klien.    


Filosofi E-Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling atas talian banyak memberi manfaat kepada masyarakat secara khususnya. Antara manfaat sesi kaunseling secara atas talian adalah menjimatkan masa dan kos. Sesi kaunseling yang dijalankan secara atas talian tidak memerlukan klien untuk berjumpa dengan kaunselor secara bersemuka. Masa perjalanan untuk berjumpa dengan kaunselor dapat dijimatkan. Ini kerana kebanyakan klien pada masa kini sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan tidak ada kesempatan masa untuk berjumpa dengan kaunselor secara bersemuka. Selain itu, manfaat e-kaunseling juga adalah fleksibel dari segi masa dan tempat. Hal ini bermakna sesi kaunseling secara atas talian boleh dijalankan di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut mempunyai kemudahan internet. Contohnya, klien yang sibuk dengan urusan kerja boleh membuat sesi kaunseling di pejabat tanpa perlu berjumpa dengan kaunselor. Dari segi masa, klien dan kaunselor boleh memilih untuk menjalankan sesi pada masa yang sesuai. Contohnya jika pada waktu siang kedua-duanya sibuk mereka boleh memilih untuk menjalankan sesi pada waktu malam atau pada hari minggu. Ini secara tidak langsung dapat memberi kebaikan kepada kaunselor dan klien itu sendiri.

Selain itu, sesi kaunseling yang dijalankan secara atas talian dapat menjamin kerahsiaan sesi tersebut. Hal ini demikian kerana, sesi tersebut hanya melibatkan kaunselor dan klien sahaja yang orang lain tidak dapat tahu bahawa klien tersebut ada mendapatkan khidmat kaunseling. Berbanding dengan sesi kaunseling biasa mungkin orang lain akan melihat kita ada berjumpa dengan kaunselor secara terus, namun perkara sebaliknya berlaku dalam sesi kaunseling atas talian yang mana orang lain tidak tahu bahawa klien ada berjumpa dengan kaunselor dan ini secara tidak langsung menjadikan sesi tersebut rahsia. Seterusnya, manfaat sesi kaunseling atas talian juga adalah dapat membantu klien yang mempunyai kesukaran dalam berkomunikasi. Contohnya bagi klien yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan mereka boleh menjalankan sesi secara e-mail. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menjalankan sesi dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, manfaat sesi secara atas talian juga adalah dapat mewujudkan proses terapeutik. Keadaan privasi yang tinggi dalam sesi ini akan menyebabkan klien berasa selesa semasa menjalankan sesi dan klien akan menceritakan isu yang dihadapi dengan lancar selain kaunselor dapat membantu klien dalam menghadapi isu yang dihadapi.

Isnin, 9 April 2018

Selamat Datang Ke Minda Jelita!!

MINDA JELITA
Selamat sejahtera apa khabar anda hari ini? :) 💗

Setiap pertemuan tentunya ada sebabnya. Umpamalah anda melawat ke blog Minda Jelita :)

Adakah anda segan jumpa seseorang pembantu, pendengar ataupun kesukaran untuk mencari bantuan yang berdekatan? Risau tentang kerahsiaan?



Tak kenal maka tak cinta. Maka kami terangkanlah maklumat tentang kami.



Minda Jelita merupakan perkhidmatan kaunseling atas talian yang membekalkan pelbagai perkhidmatan dalam bentuk email, chat dan panggilan telefon. Minda Jelita terdiri daripada kaunselor-kaunselor yang berdaftar dan berkelayakan dalam bidang tertentu. Justeru, sistem yang digunakan juga memastikan maklumat anda terlindung daripada hacker atau pihak ketiga yang tidak berauthoriti.

Tidak kisahlah kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas termasuklah kelainan upaya, kami sedia membantu untuk meneroka dan membantu diri menghadapi pelbagai isu normal yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti tekanan, hubungan, kekeluargaan, imej diri dan kerjaya. Bah nama syarikat Minda Jelita-- Apabila kesejahteraan mental sudah sihat, mestinya memiliki kehidupan yang indah lagi jelita :D



Disclaimer
Laman web perkhidmatan kaunseling ini ditubuhkan oleh pelajar tahun tiga dalam jurusan sarjana muda kaunseling. Laman web ini ditubuhkan sebagai memenuhi tugasan subjek e-kaunseling (cou 3006). Laman web ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja dan kelayakan kaunselor adalah rekaan dan contoh sahaja serta kami masih tidak berkelayakan lagi untuk memberikan perkhidmatan kaunseling maya secara profesional kepada anda.

Visi
Perkhidmatan e-kaunseling Minda Jelita menjadi satu alternatif untuk memberikan pertolongan secara maya serta mewujudkan suasana yang teraputik.

Misi
Menggalakan individu supaya lebih memahami diri mereka supaya dapat berkembang ke arah positif.



Sebagai kaunselor yang bertauliah dan memegang kepada etika tentunya mempunyai peranan yang berbeza yang mimikul tanggungjawab yang besar terhadap individu, profesional, organisasi dan komuniti.

Sebagai kaunselor yang bertauliah dan memegang kepada etika tentunya mempunyai peranan yang berbeza yang mimikul tanggungjawab yang besar terhadap individu, profesional, organisasi dan komuniti.

Lazimnya, bagi kaunselor tradisional mereka memainkan peranan untuk membantu individu, keluarga atau keluarga untuk menangani isu yang berkaitan dengan kesejahteraan mental termasuk gangguan emosi, kecelaruan dan trauma (Meyers,n.d.). Menurut Jordan Meyers (n.d.), seseorang kaunselor juga menyediakan terapi dan pengajaran untuk membantu klien menguruskan stres, menyalurkan gangguan emosi dan menetapkan matlamat sendiri. Selain itu, peranan kaunselor juga tidak lari daripada mejalankan sesi secara bersemuka dengan klien di ruangan yang sama.





Kaunselor untuk e-kaunseling mempunyai persamaan dan perbezaan dengan kaunseling tradisional. Dari aspek persamaan, kaunselor e-kaunseling berperanan membantu klien untuk mencapai perkembangan diri secara sukarela secara sepanjang hayat. Apabila sesi dijalankan di alam maya, kaunselor perlu lagi peka terhadap medium yang digunakan misalnya internet, panggilan talian dan teks. Misalnya dalam realiti, kaunselor perlu memiliki lisen dan kelayakan yang setimpal, kaunselor elektronik pula memernuhi syarat pendidikan dan latihan supaya setanding dengan kaunselor tradisonal yang bekerja di seting bersemuka. Walaubagaimanapun, latihan untuk e-kaunseling sukar untuk diregulasikan kerana kaunselor elektronik boleh memulakan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja dan hal ini menyukarkan pihak berkuasa untuk memperkukuh undang-undang tentang pendidikan, latihan dan skop amalan (Kendra Cherry,2017). Dengan ini, Minda Jelita memastikan perkhidmatan e-kaunseling yang disedikan adalah mematuhi etika dan dipantau oleh National Board for Certified Counselors (NBCC) iaitu organisasi yang  berperanan mengawal kaunselor yang memberikan perkhidmatan jarak jauh.

Selain itu, kaunselor dari Minda Jelita juga melaksakan tanggungjawab secara profesional. Yang pertama, kami mementingkan etika kerahsiaan di mana perkongsian yang dijalankan atas talian juga dijaga sepertimana kaunseling konservatif. Bagi mengelakkan hacker, pencurian identiti dan isu lain, perkhidmatan e-kaunseling yang diberikan mempunyai jaminan keselamatan untuk melindungi data pengguna. Contohnya, perbualan atas talian Minda Jelita menggunakan encryption technology iaitu penyulitan. Teknologi tersebut merupakan proses mengaburkan maklumat supaya tidak dibaca tanpa pengetahuan khusus dan melindungi komunikasi (Rouse, 2017). Kami turut menyediakan pengesahan dua hala. Misalnya, sekiranya terdapat aktiviti memasuki akaun daripada gadget yang tidak pernah digunkan, mesej atau email akan dihantarkan sebagai pemastian. Hal ini bermakna, jika seseorang individu mendapati katalaluan klien, mereka masih perlu mengakses telefon bimbit untuk mengakses akaun klien.


Tanggungjawab seseorang e-kaunselor juga tidak lari daripada mewujudkan suasana yang teraputik dan selamat serta menghormati setiap klien. Kami turut menerima isu yang dikemukakan oleh klien tanpa bias. Justeru, sebagai tanda menghormati kami juga membincangkan pelan bersama-sama klien dan bukannya membuat keputusan untuk klien semata-mata. Perkongsian klien perlu didengar dan dilayan secara empati untuk menggalakkan perkembangan positif dalam diri klien.

Selain itu, Minda Jelita bertanggungjawab menyediakan perkhimatan atas talian yang mematuhi prosedur formal. Komitee Minda Jelita menyediakan kontrak bagi menjaminkan kebajikan kedua-dua pihak dan menjelaskan apa yang akan berlaku dalam e-kaunseling. Maklumat dan laporan akan disimpan secara rapi untuk mematuhi profesionalisme. 


Target klien kami adalah meluas iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas yang mengalami isu normal dalam kehidupan seharian. Bagi klien kanak-kanak iaitu minor yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat persetujuan termaklum terdahulu sebelum menggunakan kaunseling maya. Bagi klien Orang Kelainan Upaya yang sukar pengerakan pula, Minda Jelita menyarankan mereka menggunakan perkhidmatan tersebut kerana mudah dan di mana sahaja. Ringkasnya, kaunselor Minda Jelita yang mempunyai latihan dalam pelbagai bidang dapat memenuhi keperluan klien semasa misalnya pengurusan tekanan, perkahwinan, kayakinan diri, hala tuju kerjaya dan sebagainya. Dengan varieti yang disediakan, pelbagai lapisan sosial dapat mendapat perkhidmatan dan secara tidak langsungnya membantu perkembangan masyarakat yang sejahtera.


Segala pertanyaan lanjut atau ingin berkenalan siapa yang akan membantu anda? Sila menghubungi 012-3456789 atau melayari Facebook kami dengan search "Minda Jelita" :) Mudah sahaja kan? Hubungilah kami sekarang!